"The purpose of life is to live it, to taste experience to the utmost, to reach out eagerly and without fear for newer and richer experience." - Eleanor Roosevelt








Musing of an average Z! A bit of an adrenaline junkie


NETWORK






RECENT STORIES







Jogjakarta Trip Day 3
3 Feb 2019 at 17:54

Hari ketiga! Janji dengan supir pukul 6 tapi 5.30 baru tersedar. Laju aku ngan Uma siap >.<
First destination hari tu, Merapi Lava Tour.



Longkang ni dulu dibuat khas untuk biar lava mengalir tapi in 2006 ke 2010 tah, longkang tu tak cukup besar untuk support semua lava tu, lalu telah meranapkan kampung dan mengakibatkan banyak korban jiwa. Longkang tu lagi dalam dulu

Batu Alien

Merapi when we came *disappointed a bit

Bunker, tempat untuk melindungi diri dari ash Mount Merapi, sekarang tidak digunakan lagi. Ada cerita disebalik bunker ni. Nak tau lebih banyak, berliburlah kalian disana

Museum Merapi


Selalu orang ambik package sunrise tapi disebabkan musim hujan, so supir pun tak recommend. So kitorang keluar pukul 6. Lama jugak nak sampai situ. Attraction kat Jogja semua jauh jauh so kalau ambik supir memang berbaloi la. Jimat masa jimat duit and everything. So dekat Merapi kami ambik package paling murah jugak sebab taknak basah basah. Bunker Kaliadem + Museum Merapi + Batu Alien


Entrance Fee = IDR 10,000
Package A (Museum + Batu Alien + Bunker Kaliadem) = IDR 350,000 per jeep


Panjang ceita kat Merapi ni. Boleh baca post kat instagram saya kalau nak tau kenapa 😜 Okay pastu gi shopping! Pasar Beringharjo di Malioboro Street!

Malioboro Street, baaaaanyak sangat kereta kuda and kedai kedai kat tepi jalan tu.

gambar google

Kat sini, supir suruh hati-hati. Beg kena sentiasa kat depan sebab pencopet banyak. Barang-barang kat Pasar Beringharjo ni sangat sangat murah. Macam macam ada tapi paling famous, batik. Memang sakan shopping.

Tips nak shopping kat sini, pergi kedai yang dalam dalam dalam lagi, and atas atas atas lagi untuk dapat harga yang murah. Sebelum beli, pastikan survey. Kitorang haritu sangat kesuntukan masa, dengan nak shoppingnya, makan lagi, memang tak cukup sejam lebih tu. Tawar sehabis murah okay!



Next, Taman Sari.



Pintu masuk


Ni kolam and ada banyak lagi kolam kat tempat lain. Kolam kolam kat sini pun ada sejarah dia. Nak tau lebih lanjut, terbanglah kalian semua ke Yogyakarta!

Shikin, Uma & Si Manis 😜

Punya la lama cari jalan ke tempat ni, sekali bila sampai..... PENUH MANUSIA!

Peh! Taman Sari ni sumpah mencabar. Tips datang sini, sila la ambik tour guide kat dalam tu kalau taknak sesat and bazir masa. Nanti bila kita dah masuk pintu tu, ada ramai sangat tour guide yang offer diri. Bayaran seikhlas hati tapi nanti ada gak segelintir yang mintak lebih. Kena pandai-pandai nego la atau sebelum nak ambik tu cakap "kami bayar kamu 30,000 ribu" pastu tengok la cemana. Pastu tips lain, datang waktu pagi! Kalau tak, tak dapat gambar cantik cam kat bawah ni.

gambar google. ada kisah jugak kat tempat ni, sebab tu gigih nak datang tapi last last, Ya Tuhan ramainya manusia. Memang impossible nak tunggu diorang semua takde kat situ unless bila dah nak tutup

Kitorang haritu tak ambik tour guide, pastu sesat sampai hujung kampung pastu tetiba dah keluar. Pastu masuk balik dalam istana tu sebab nak pergi kat tempat gambar Shikin ngan Uma posing kat last picture tu. Sumpah penat gila time tu, aku pun mood dah kelaut. Rehat jap minum air pastu sambung balik jalan gi kereta. Masuk dalam kereta, tidur masing-masing

Entrance fee = IDR 15,000 per person 
Tour guide = IDR 30,000 and above

Last destination, Prambanan Temple.







Patung dalam salah satu temple



Haritu memang dah penat sangat-sangat. Kat Merapi dengan jalan belakang lori yang angkut pasir pasir and batu batu kat gunung tu, pastu jeep tu patah balik sebab ada banyak sangat lori so terpaksa ikut jalur lain. Pastu shopping kat Beringharjo dengan sepantas yang boleh and besar gila tu pastu sesat kat Taman Sari lagi, peh aku boleh ingat lagi cemana penat dia. Masatu sedar la yang aku tak berapa nak fit dah 😭 sebulan duduk rumah tak jog tak exercise tak apa, longgar lutut oi.

So kat Prambanan ni, kitorang tak masuk semua temple kat situ sebab penat kot, pastu ramai orang. Lagipun semua temple yang ada kat situ semua besar-besar, nak mendaki anak tangga lagi..... ugh memang tak la. Kalau tak penat time tu, memang aku dah masuk semua temple pastu tengok satu satu patung dalam tu. Tetapi apakan daya, fikir nak balik cepat je time tu, nak mandi nak rest

Entrance Fee:-
Prambanan Only = IDR 362,500 (international)
                            = IDR 217,500 (student price)
Combo ticket (Prambanan + Borobudur)
                            = IDR 560,000 (international)
                            = IDR 350,000 (student price)

Local price and International price beza macam langit dengan bumi. Price dia memang super mahal untuk Internatinal tourists sebab UNESCO yang tentukan. Kalau tertangkap beli local price, tak kisah la korang berlakon ke atau suruh penduduk local (supir/kawan) belikan, memang say hello to jail jela.
Dan sila bawa student card anda, jimat banyak.

Prambanan and Borobudur sangat jauh to each other, so kitaorang pergi lain-lain hari. And ticket combo tu hanya valid untuk 2 hari! Maksudnya, hanya valid untuk "harini" dan "esok". Kalau nak gi "lusa" tak boleh sebab kau beli ticket tu "harini" kan, kalau nak gi lusa tu dah kira 3 hari so tak boleh. Bagi aku, worth it la pergi dua dua temple tu sebab satu Hindu temple and satu lagi Buddhist temple. Seni bina pun lain-lain. Nak tau banyak lagi pasal dua-dua temple ni, boleh google occay!

Okay last! Gudeg Yu DJum!






Orang kata, bila dah sampai tempat orang tu, mesti try local food diorang kan so on the way balik tu, kami makan Gudeg! Famous dekat Jogja! Siapa tengok AADC2, memang tau la gudeg tu apa. Harga start from IDR 35,000. Ada banyak jenis, boleh pilih. Kami share je 2 pinggan tu 4 orang sebab nak rasa je cemana. Bagi aku, aku tak suka sangat sebab manis. Supir pun kata orang Malaysia yang dia pernah bawa, bila dah rasa diorang tak suka sangat unless orang Kelantan. katanya

Kos hangus seorang third day
Merapi = IDR 87,500 (entrance fee tak bayar sebab orang tu tak perasan) #rejekiagung
Pasar Beringharjo = IDR 400,000 (makan+shopping) untuk aku sorang
Taman Sari = IDR 15,000
Prambanan Temple = IDR 350,000
Gudeg = IDR 17,500
Total = 870,000 (RM 255)

























0 comments

0 Comments:

Post a Comment






← O L D E R P O S T
N E W E R P O S T →






© 2013 - Layout created by Fluerica.
Do you know ?Honesty is the best policy in life