"The purpose of life is to live it, to taste experience to the utmost, to reach out eagerly and without fear for newer and richer experience." - Eleanor Roosevelt








Musing of an average Z! A bit of an adrenaline junkie


NETWORK






RECENT STORIES







Sabah Trip Day 1 & Day 2
9 Nov 2019 at 08:10
Hola! Midsem break uia haritu aku, farrah dengan zul tak balik rumah pun tapi kami pergi Sabah! Buat apa? Jalan jalan la! Ayuh kita start! (T_T rindu ibu ayah)

Sebab ambik BM sem ni so rasa macam nak buat style cikgu ajar ah walaupun tak perfect hehek 😜


Tarikh & Masa: 26 October 2019 (8.40pm) - 2 November 2019 (6.00pm)
Program: Cuti - Cuti Sabah
Peserta: Farrah, Hazirah & Zul


DAY 1 - 26 October 2019
Kami ambik flight malam pukul 8.40pm sebab taknak bazir masa sampai tengahari or petang kat Sabah then sebab nak jimat kos penginapan jugak. Tidur airport? Takde hal. Lepas read sana read sini, flight malam sangat disarankan untuk para backpackers yang sukakan adventure dan cheapskate (not stingy but we just want to avoid spending money to an extreme degree. InsyaAllah airport adalah tempat yang selamat)



DAY 2 

  • Ambik kereta sewa 
Settle satu malam kat airport! Pagi tu ambik kereta sewa yang kami dah deal awal awal dari semenanjung. Janji pukul 7 tapi dia hantar pukul 8 atas sebab sebab tertentu (hmm kalau tau, kami mandi dulu) Kalau korang nak sewa kereta kat Sabah, search je kat Telegram or Facebook Kaizen Car Rental, price affordable 👌  3 hari setengah = RM 350 sahaja
Special thanks kat sorang hamba Allah tu sebab tolong cari number kereta sewa even dia tak bagi pun, bagi nasihat check kereta lu before drive (selama ni aku dapat kunci terus jalan je huhu) pastu bagi tips jugak, pantang larang jalan KK ke Kundasang dan banyak lagi. Trimas!

Tips and tricks:
1) Yang tak biasa dengan jalan kat Sabah tu, jangan memotong ok. Bahaya (banyak lubang)
2) Jalan berbukit bukit (berat kereta weh even dah tukar gear. lain la kalau kau bawak 4x4) plusss
3) Driver kat Sabah semua bagus, sangat bertoleransi 😭 terharu saya 
4) KK to Kundasang - 1 jam setengah or 2 jam ikut situasi


  • Jesselton Point 
Lepas tu kami pergi Jesselton Point untuk book package island hopping. Tak jauh pun, more or less 20 minutes je dari airport. Harini 27, kami nak mandi lusa. So book la awal-awal sebab kami memang suka awal. By the way, book dekat Counter 10 ok!! Paling murah antara counter yag lain kata orang. 3 islands + parasaing = RM 75 seorang


  • Gaya Street Sunday Market
Then kami terus shoot ke Kundasang. Ini pun berdasarkan reading jugak, ramai yang recommend pi Kundasang lu pastu baru jalan jalan kat KK. Sebelum pergi sana, nak isi minyak lu pastu ada lalu satu lorong ni tengok eh ramainya orang pastu macam familiar. Eh pasar gaya lah! Singgah la kami sebab pasar ni bukak hari Ahad je and takde dalam itinerary pun. Rezeki rezeki.

Pasarnya besar, banyak jual karangkraf, barang-barang harian, barangan unik, baju baju dan banyak lagi. Sempat la aku sambar sunglasses satu hehek. Tanya harga berapa satu pastu seller tu kata RM28. Mangai bapak mahal! Pastu nak ciao, dia kata boleh kurang dikkk kita bagi 25 la. Pastu aku acah lagi nak pergi (memang betul betul nak pergi pun sebab mahal gilo spek pasar malam harga macam tu) pastu last last dapat RM15. Hmmm beli la, kesian tengok seller 😭


  • Polumpung Melangkap View Camp Site
On the way ke Kundasang tu, kami singgah Polumpung Melangkap View Camp Site ni. Tempatnya terletak kat Kota Belud which is sebelum sampai Kundasang. Memang one way ah. Gambar korang google sendiri la k sebab saya tak sempat nak upload kat laptop lagi. Ada masa nanti saya update balik post ni.

Dari simpang utama tu, dalam 16km gak nak sampai kat area tu. Nak sampai kesana, kami pun sesat hehe patutnya masuk kanan, aku bawak straight je takde kona kona (ikut waze) Jalan nak sampai sana agak extreme so sila pandu kereta dengan berhati-hati (jangan nak laju je!) Dah la sesat, main singgah je pulak tu kat tepi jalan yang nampak acah acah macam Polumpung tu. Dah la main masuk je tah mana mana area, jalan curam tak berturap. Dalam hati masatu "mampoih la axia ni kalau jadi pape mampoih la mampoih la mampoih la aku" jalan kat tempat kami sesat tu memang biasanya 4x4 je yang lalu so dalam hati memang dah redha la kalau tayar pancit ke apa. Lepas ambik gambar pesemua, kami pun balik.

On the way balik tu baru nampak signboard ke Polumpung Melangkap View Camp Site yang benar!! Apa lagi!! Terus ikut ah signboard. Rugi dah masuk 16km dengan jalan yang kejap turun kejap naik tu, tak singgah pulak an. Akhirnya sampai juga ke destinasi yang dituju! Entrance Fee, RM5 seorang. Tempatnya cantik!! Tapi masa kami datang tu agak crowded sebab Ahad kan huhu nasib lah 

Selain Polumpung Melangkap ni, another attraction yang korang boleh singgah sebelum ke Kundasang is Rumah Terbalik Tamparuli. Sama jugak one way


  • Check in B-Inspired Abode 
Next, check in guesthouse. Recommended! Sebab cantik, lawa, murah, view pun memang cantik sangat (nampak gunung kinabalu) pastu dekat dengan pekan. Eeee suka suka suka!! Ambik 2 bilik standard, 70 untuk satu malam so total RM140 untuk 2 bilik, divide 3 orang = RM 47 seorang


  • Pekan Nabalu
Dah check in, solat apa semua kami pun keluar ke pekan. Nak pergi Pekan Nabalu tapi kami singgah kat pasar yang dekat dengan Kundasang War Memorial Park tu, dekat dengan roundabout Kobis (haha siapa yang dah datang, faham kot kat mana saya maksudkan tu) kami ingat situ la Pekan Nabalu rupanya bukan. Dah beli ubi sikit, sayur, makanan untuk dinner, buah and so on kami pun bergerak ke Pekan Nabalu. Nak sampai sana pun banyak jugak dugaan. Dah sampai, lagi la satu dugaan. Pekan Nabalu blackout dan banyak kedai tutup. Huwaaaa penat kita drive jauh jauh (15-20minutes) boleh pulak dia gelap gelita macam tu. Dengan kepasrahan yang melanda kami pun sepakat "takpe la esok sebelum balik kita singgah. one way jugak" so kami pun pulang semula ke guesthouse.

Paling takleh bla, Farrah Zul ajak pergi speedmart sebab nak beli barang barang yang tak cukup. Sebab aku dah penat layan jalan yang berliku liku dan tinggi (😭) duduk je la dalam kereta an, biar diorang je turun gi beli barang. Bila tiba waktu diorang nak masuk kereta tu, YA RABBI KENAPA KAU BELI AIR MINERAL SATU KOTAK NI ZUL!!!??  ternganga jap kat situ. SEJUK SEJUK NI BANYAK KE KORANG MINUM AIR?? SETIAP TEMPAT KITA TIDUR KAN AIR PROVIDED!! pastu bermula la episode singgah kedai makan je takleh order air manis. ko habiskan air mineral banyak banyak tu!! mana nak letak nanti kalau tak habis? macam mak tiri sikit la kat sana wkwkwkwkwkwkwkwk


Kos hangus seorang Day 2
Kereta sewa Axia = RM117
Minyak = RM20 (cukup untuk 3 hari setengah)
Gaya Street Sunday Market = RM15 (saya je)
Polumpung Melangkap View Camp Site = RM5
B-Inspired Abode guesthouse = RM 47
Pekan Kobis = RM 50+-
Total = RM 254+-

0 comments

0 Comments:

Post a Comment






← O L D E R P O S T
N E W E R P O S T →






© 2013 - Layout created by Fluerica.
Do you know ?Honesty is the best policy in life