Musing of an average Z! A bit of an adrenaline junkie
NETWORK
|
Full Itinerary Sabah Trip (KK - Kota Belud - Kundasang - Ranau - Kundasang - KK)
9 Nov 2019 at 11:43
Tempat tak sempat pergi:
1. National Kinabalu Park
2. Ranau Paragliding Park
3. Kg Mesilau
4. Sungai Moroli Tagal Luanti Fish Spa
5. Mari-Mari Cultural Village
6. Tanjung Aru
Kereta Sewa = RM 350 for 3 and a half days
Sabah Trip Day 4
at 11:36
- Island Hopping at Tuanku Abdul Rahman National Park
Memang seharian tu kami berisland hopping! Kami ambik package 3 pulau (Pulau Manukan + Pulau Sapi + Pulau Mamutik) dan parasailing! Pukul 8 lebih dah keluar siap breakfast sebab pukul 9 dah kena ada kat jetty Jesselton Point. Bawak makanan sendiri jangan lupa, pastu baju tukar. Memang akan keluar dari pulau pukul 5 petang. Bawak makanan secukupnya tu penting pastu breakfast berat sikit, nak main air kan.
Route kami yang dia kasi haritu Pulau Sapi (parasailing kat situ) - Pulau Manukan - Pulau Mamutik. Ada la time time dia. Best berenang sebelah ikan, air jernih tapi tak sejernih waktu first time pergi dulu-dulu. Sedih juga kita duk snorkel tapi sampah je banyak. Cintailah laut kita wahai manusia.
- Pulau Sapi
Nanti dah turun boat tu, staff yang jaga kita tu akan brief aktiviti yang kita akan buat pada hari tersebut. Oh pastu! Kena bayar 5 ringgit pulak tak tau untuk apa tapi 5 ringgit tu nanti boleh access ketiga-tiga pulau dalam package. SIMPAN TICKET! Belilah dry bag/ waterproof phone casing senang gantung je kat leher. Letak je dalam tu, bila diorang mintak senang nak ambik.
Sampai kat first island, kami mandi la cam biasa. Bag semua dah letak kat pesisir pantai, ramai je buat camtu (nak selamat sikit, kau letak depan pondok lifeguard kat situ) pastu barang barang penting letak dalam dry bag. Tengah mandi mandi mandi sambil bersuka ria ni, tiba lah masa untuk kita berparasailing.
Tips naik parasailing, jangan mabuk laut pastu tak kisah dengar noise kuat kuat haha. Tau tak, orang boat tu bukak lagu punya la kuat sampai pening pening satu boat. Dah la lagu dangdut??? Lagu tiktok??? Aku yang tak mabuk laut ni pun rasa nak muntah weh. Itu la first time. Tak tau la sebab perut kosong sangat ke atau sebab music yang dicombine dengan ombak?
Bila dah pening pening macam tu, tak enjoy sangat la ride kitorang huhuhu sedih. Banyak rasa nak muntah je dari rasa nak seronok seronok. By the way, kat sini jugak la phone si Zul Farrah masuk air, kesian tapi nak gelak jugak. Boleh dry bag tu tembus? Bocor rasanya. Dah pishang kedua kedua rakan saya itu. Air masin kan, kalau masuk air memang karat ah. Dah la baru first island, lama lagi nak keluar pulau ni.
Tapi taknak diorang focus sangat kat problem tu, so try jugak la distract diorang and convince cakap boleh repair punya (convince pasal duit banyak habis jugak) walaupun tahu takkan berkesan punya. Nampak la muka cloudy je, resah je, depress pun huhu cian cian. Memang nasib sangat la masih ada satu lagi phone yang bernyawa!
2. Pulau Manukan
Second largest island in TAR's National Park and the most popular island haha. Ada surau so siapa yang nak jamak solat tu, boleh buat siap siap kat sini sebab kat Mamutik Island takde surau. Pulau paling best antara ketiga-tiga pulau jugak. Bihun satu bekas RM 10
3. Pulau Mamutik
Pulau yang paling last sekali kitorang pergi. Best sebab dah petang kan so pulau tak ramai orang. Yang kami photoshoot pakai baju kering tu kat Mamutik la. Less kotor juga dari Pulau Sapi and paling jernih antara 3 pulau tu. Seronok sebab tak ramai orang. Dah petang kan hehek pastu tepat pukul 5 ada boat sampai, balik ke jetty!
- Centre Point Sabah Shopping Mall
Keluar pulau terus pergi kedai telephone. Tanya orang yangnjaga parking tu dia kata waktu waktu macam tu, centre point je yang masih bukak so kami terus kesana. Jadi plan nak tengok sunset kat Tanjung Aru pun terpaksa dibatalkan. Dah hantar phone kat kedai tu, dukacita dimaklumkan phone anda tidak dapat diselamatkan. Memang lagi depress la budak berdua tu
Dah keluar shopping mall, pergi Pasar Filipino pulak. Yang best kat KK ni, semuanya dekat dekat. Beli dinner pastu usya usya sikit souvenir, terus beli pun ada. Sebab murah kan, so rembat la pelagi. Ada jual bag, baju, seluar, pearl, kraftangan semua tu lah. Banyak barang yang dia jual berasaskan pearl. Murah pun murah so jangan tak datang guys! Survey!!! Sebab harga memang crazy cheap. Okay pastu balik. Esok nak jumpa team hiking kita kat airport!! YEAYYYY KINABALU AKU DATANG
Damage cost per person Day 4
Island Hopping = RM 75 + 5
Parking = RM 3
Filipino Market = RM 30+- (dinner + shopping)
Total = RM 120+-
Sabah Trip Day 3
at 10:22
Pagi-pagi kitorang dah check out sebab taknak hilang view. Tahu kan start tengahari to petang, view Gunung Kinabalu dah tutup dengan kabus/awan? Pagi pagi je jelas terbentang luas depan mata. Plan nak check out pukul 6 tapi sebab ada masalah sikit dengan kereta guests lain, pukul 7 baru dapat keluar.
Sosodikon Hill ni tak jauh pun dari Desa Dairy Farm Kundasang tu. Simpang bukit ni sebelah kanan, simpang ke Dairy Farm sebelah kiri, satu hala je. Tak jauh jugak, dalam masa 5 minit je dah boleh sampai kat bukit tu. Ikut stamina masing masing. Baik korang pergi sebab view cantik sangat!! Entrance Fee, RM3 sahaja satu orang. Lama jugak kitorang kat atas ni ambik gambar hehek
Dah habis hiking, kita turun minum air pulak sambil tengok lembu, bagi kambing makan, minum susu, gelato(ice cream) dan sebagainya! Sebab kitorang dah berlama-lamaan kat Sosodikon Hill tadi, sampai sini je view gunung dah nak mula tertutup dengan awan. Huwaaa sedih! Baru pukul 8 lebih oh. Tapi takpe sebab nanti kita nak panjat gunung tu pulak hehek. Entrance fee, RM5 satu orang. Pastu kat dalam tu ada jual gelato, fresh milk and apa benda tah. Kami ambik gelato je and fresh milk satu share 3 orang
Operating Hours = 8am - 5pm
Entrance Fee = RM 5
Gelato (chocolate and vanilla) = RM 5.30
Topping (6 toppings) = RM 1.06
Fresh Milk (depends on size) = RM 6++ for large size
Feeding calf and goat = RM 1 (grass) / RM 1.50 (milk)
Sebenarnya kami dah on the way keluar sebab Farrah nak bagi kambing makan. Ingatkan kandang dia kat bawah rupanya kat situ jugak 😂 Bayangkan dah keluar parking, cari parking lagi. Dah la jalan steep, parking pun full so terpaksa la kami round sekali lagi. Nasib ada! Nasib tak jauh dari first parking kitorang tadi. So korang jangan confuse k, kedai jual aiskrim ke, gelato ke, tengok lembu ke kambing ke semua kat situ. Round sampai belakang jangan round kat depan area kedai tu je. Kang tak pepasal jadi cam kitorang keluar parking, masuk parking balik. Orang jaga parking tu pun "aik! bukan suda keluar ka tadi?" haha kawan saya nak bagi makan kambing jap pakcik. tu tujuan utama dia datang sabah 😂
Next, ke Poring Hot Spring yang terletak di Ranau! Ranau dengan Kundasang tak jauh macam Kundasang ke Kota Kinabalu pun. Tapi still consider jauh kot, dekat satu jam jugak? Zul ngan Farrah dah tidur dah. Jalan nak kesini pun erm.. ada satu part tu tak berturap, Ya Ampun very extreme gitu kena bawak slow slow. Sampai sini, hujan pulak hmmm. Zul dah kata dia taknak turun so aku ngan Farrah je la pergi. Rugi dah drive jauh jauh tapi tak singgah pulak kan. Boleh la buat panas badan.
PASTU! PERGH! Boleh pulak sakit perut. Aku syak sebab fresh milk yang beli kat dairy farm tadi ah. Memulas dia tu, pergh! 20 minit gak la dalam toilet, sian Farrah kena tunggu kat luar dah la hujan. Nak mandi air panas memang tak la kan sebab esok kami nak berbasah-basah. Malas nak kotorkan banyak baju, dengan hujan lagi so kami pun buat Canopy Walk. Hiking dalam hujan t.t
Dulu masa darjah 5 ke 6 tah, dah pernah naik. Yang aku ingat, jambatannya panjang tapi bila pergi balik umur 20 (21😜) tahun ni, aik? sekejapnya?
Entrance Fee Poring Hot Spring = RM 5
Entrance Fee Canopy Walk + Camera (phone or digital camera) = RM 3 + RM 5
Total = RM 13 seorang
Aku dah baran dah time ni, mahal nak mampus. Camera phone pun kena charge sampai 5 ringgit. Dahtu charge sampai dua kali pulak tu, wah senang buat duit. Jambatannya tak seberapa. So pada yang nak try tu, dipersilakan tapi jangan letak high expectation ye?
Dah la drive jauh, diarrhea pulak, kena scam lagi, hujan, eish memang tak best ah. Pastu kami patah balik ke Kundasang untuk ke Kota Kinabalu. Sebelum pergi KK, singgah lu Pekan Nabalu sebab semalam tak sempat kan. So kat sini la kami beli souvenir sikit sikit untuk family and friends. Okay la not bad harga. Mintak kurang, dia kasi kurang. Yang penting, sebelum membeli pastikan survey dulu. Ada kedai tu kalau jual baju, harga paling kurang dia boleh kasi 20 ringgit tapi kedai lain, harga paling rendah dia boleh kasi RM15. Ko nak mana? Beza 5 ringgit pun tapi kalau dah nak beli banyak? Ha pandai pandailah fikir, melainkan kau memang duit berkepuk kepuk 7 keturunan pun tak habis
- Check in Oyo 44066 Unikarya Lodge
Sampai kat hotel dah petang and semua kepenatan + hampir kemiskinan ah hahahahahaha ha beli lagi ubi sampai 3 bekas! beli lagi air mineral sampai 1 kotak! beli lagi benda merapu-rapu kan dah hampir miskin. Sampai hotel memang takde plan dah untuk malam tu, memang nak rehat je. Pastu cikgu Zul pulak ajak jumpa, dia nak belanja makan. YUUUUM! REZEKIIIII!!!!! ALHAMDULILLAH YA ALLAH!!! Kalau tak tadi dah makan maggi je + sayur + telur.
So malam tu kami makan seafood kat Tanjung Lipat, sedap dan murah. Thank You cikgu Zul belanja kitorang makan walaupun cikgu tak kenal saya dengan Farrah 😅 nak cakap je la, kat Sabah ni yang aku nampak seller/staff mana mana kedai je mesti approach kita kaw kaw, memang style dorang macam tu. Takyah takut, kalau taknak tu cakap je "takpe" takpun senyum je. Lawak jugak oi bila ingat
Seller kedai 1: Mari kak ada seafood. Ikannya belum mati, pura pura pengsan (dia cakap tu dengan straight face weh, memang dekah ah) Seller kedai 2: Mari mari kak makan sini. Ha aku halang ni aku halang (sambil buat macam main galah panjang tu) eeeeee apehal orang sabah kelakar kelakar??
Dah habis makan jalan jalan kejap kat area tu, tempat robot robot hahaha lantak la, asal jalan.
By the way, hotel ni recommended gak weh. Super selesa and dekat dengan mana mana attraction kat KK. Price untuk 2 malam, 2 bilik RM 209 so bila divide 3 = RM 70 for 2 nights
Kos hangus seorang third day
Sosodikon Hill = RM 5
Desa Dairy Farm + Ice Cream + Fresh Milk = RM 5 + RM 6++ + RM 2++
Poring Hot Spring = RM 13
Pekan Nabalu = RM 50+-
Oyo Hotel = RM 70
Total = RM 152+-
Sabah Trip Day 1 & Day 2
at 08:10
Hola! Midsem break uia haritu aku, farrah dengan zul tak balik rumah pun tapi kami pergi Sabah! Buat apa? Jalan jalan la! Ayuh kita start! (T_T rindu ibu ayah)
Sebab ambik BM sem ni so rasa macam nak buat style cikgu ajar ah walaupun tak perfect hehek 😜
Tarikh & Masa: 26 October 2019 (8.40pm) - 2 November 2019 (6.00pm)
Program: Cuti - Cuti Sabah
Peserta: Farrah, Hazirah & Zul
DAY 1 - 26 October 2019
Kami ambik flight malam pukul 8.40pm sebab taknak bazir masa sampai tengahari or petang kat Sabah then sebab nak jimat kos penginapan jugak. Tidur airport? Takde hal. Lepas read sana read sini, flight malam sangat disarankan untuk para backpackers yang sukakan adventure dan cheapskate (not stingy but we just want to avoid spending money to an extreme degree. InsyaAllah airport adalah tempat yang selamat)
DAY 2
Settle satu malam kat airport! Pagi tu ambik kereta sewa yang kami dah deal awal awal dari semenanjung. Janji pukul 7 tapi dia hantar pukul 8 atas sebab sebab tertentu (hmm kalau tau, kami mandi dulu) Kalau korang nak sewa kereta kat Sabah, search je kat Telegram or Facebook Kaizen Car Rental, price affordable 👌 3 hari setengah = RM 350 sahaja
Special thanks kat sorang hamba Allah tu sebab tolong cari number kereta sewa even dia tak bagi pun, bagi nasihat check kereta lu before drive (selama ni aku dapat kunci terus jalan je huhu) pastu bagi tips jugak, pantang larang jalan KK ke Kundasang dan banyak lagi. Trimas!
Tips and tricks:
1) Yang tak biasa dengan jalan kat Sabah tu, jangan memotong ok. Bahaya (banyak lubang)
2) Jalan berbukit bukit (berat kereta weh even dah tukar gear. lain la kalau kau bawak 4x4) plusss
3) Driver kat Sabah semua bagus, sangat bertoleransi 😭 terharu saya
4) KK to Kundasang - 1 jam setengah or 2 jam ikut situasi
Lepas tu kami pergi Jesselton Point untuk book package island hopping. Tak jauh pun, more or less 20 minutes je dari airport. Harini 27, kami nak mandi lusa. So book la awal-awal sebab kami memang suka awal. By the way, book dekat Counter 10 ok!! Paling murah antara counter yag lain kata orang. 3 islands + parasaing = RM 75 seorang
- Gaya Street Sunday Market
Then kami terus shoot ke Kundasang. Ini pun berdasarkan reading jugak, ramai yang recommend pi Kundasang lu pastu baru jalan jalan kat KK. Sebelum pergi sana, nak isi minyak lu pastu ada lalu satu lorong ni tengok eh ramainya orang pastu macam familiar. Eh pasar gaya lah! Singgah la kami sebab pasar ni bukak hari Ahad je and takde dalam itinerary pun. Rezeki rezeki.
Pasarnya besar, banyak jual karangkraf, barang-barang harian, barangan unik, baju baju dan banyak lagi. Sempat la aku sambar sunglasses satu hehek. Tanya harga berapa satu pastu seller tu kata RM28. Mangai bapak mahal! Pastu nak ciao, dia kata boleh kurang dikkk kita bagi 25 la. Pastu aku acah lagi nak pergi (memang betul betul nak pergi pun sebab mahal gilo spek pasar malam harga macam tu) pastu last last dapat RM15. Hmmm beli la, kesian tengok seller 😭
- Polumpung Melangkap View Camp Site
On the way ke Kundasang tu, kami singgah Polumpung Melangkap View Camp Site ni. Tempatnya terletak kat Kota Belud which is sebelum sampai Kundasang. Memang one way ah. Gambar korang google sendiri la k sebab saya tak sempat nak upload kat laptop lagi. Ada masa nanti saya update balik post ni.
Dari simpang utama tu, dalam 16km gak nak sampai kat area tu. Nak sampai kesana, kami pun sesat hehe patutnya masuk kanan, aku bawak straight je takde kona kona (ikut waze) Jalan nak sampai sana agak extreme so sila pandu kereta dengan berhati-hati (jangan nak laju je!) Dah la sesat, main singgah je pulak tu kat tepi jalan yang nampak acah acah macam Polumpung tu. Dah la main masuk je tah mana mana area, jalan curam tak berturap. Dalam hati masatu "mampoih la axia ni kalau jadi pape mampoih la mampoih la mampoih la aku" jalan kat tempat kami sesat tu memang biasanya 4x4 je yang lalu so dalam hati memang dah redha la kalau tayar pancit ke apa. Lepas ambik gambar pesemua, kami pun balik.
On the way balik tu baru nampak signboard ke Polumpung Melangkap View Camp Site yang benar!! Apa lagi!! Terus ikut ah signboard. Rugi dah masuk 16km dengan jalan yang kejap turun kejap naik tu, tak singgah pulak an. Akhirnya sampai juga ke destinasi yang dituju! Entrance Fee, RM5 seorang. Tempatnya cantik!! Tapi masa kami datang tu agak crowded sebab Ahad kan huhu nasib lah
Selain Polumpung Melangkap ni, another attraction yang korang boleh singgah sebelum ke Kundasang is Rumah Terbalik Tamparuli. Sama jugak one way
- Check in B-Inspired Abode
Next, check in guesthouse. Recommended! Sebab cantik, lawa, murah, view pun memang cantik sangat (nampak gunung kinabalu) pastu dekat dengan pekan. Eeee suka suka suka!! Ambik 2 bilik standard, 70 untuk satu malam so total RM140 untuk 2 bilik, divide 3 orang = RM 47 seorang
Dah check in, solat apa semua kami pun keluar ke pekan. Nak pergi Pekan Nabalu tapi kami singgah kat pasar yang dekat dengan Kundasang War Memorial Park tu, dekat dengan roundabout Kobis (haha siapa yang dah datang, faham kot kat mana saya maksudkan tu) kami ingat situ la Pekan Nabalu rupanya bukan. Dah beli ubi sikit, sayur, makanan untuk dinner, buah and so on kami pun bergerak ke Pekan Nabalu. Nak sampai sana pun banyak jugak dugaan. Dah sampai, lagi la satu dugaan. Pekan Nabalu blackout dan banyak kedai tutup. Huwaaaa penat kita drive jauh jauh (15-20minutes) boleh pulak dia gelap gelita macam tu. Dengan kepasrahan yang melanda kami pun sepakat "takpe la esok sebelum balik kita singgah. one way jugak" so kami pun pulang semula ke guesthouse.
Paling takleh bla, Farrah Zul ajak pergi speedmart sebab nak beli barang barang yang tak cukup. Sebab aku dah penat layan jalan yang berliku liku dan tinggi (😭) duduk je la dalam kereta an, biar diorang je turun gi beli barang. Bila tiba waktu diorang nak masuk kereta tu, YA RABBI KENAPA KAU BELI AIR MINERAL SATU KOTAK NI ZUL!!!?? ternganga jap kat situ. SEJUK SEJUK NI BANYAK KE KORANG MINUM AIR?? SETIAP TEMPAT KITA TIDUR KAN AIR PROVIDED!! pastu bermula la episode singgah kedai makan je takleh order air manis. ko habiskan air mineral banyak banyak tu!! mana nak letak nanti kalau tak habis? macam mak tiri sikit la kat sana wkwkwkwkwkwkwkwk
Kos hangus seorang Day 2
Kereta sewa Axia = RM117
Minyak = RM20 (cukup untuk 3 hari setengah)
Gaya Street Sunday Market = RM15 (saya je)
Polumpung Melangkap View Camp Site = RM5
B-Inspired Abode guesthouse = RM 47
Pekan Kobis = RM 50+-
Total = RM 254+-
Jogjakarta Trip Day 4
16 Feb 2019 at 16:31
Last day in Jogja! Macam biasa, bangun pukul 4 lebih, lepastu siap-siap, breakfast and checkout. Hari terakhir, baru kami tau selama ni ada breakfast disediakan! Haritu waktu book homestay, takde pulak dia cakap breakfast included. Tau pun sebab haritu kami keluar pukul 7 and host tu ketuk pintu cakap ada breakfast. Jimat duit takyah breakfast kat luar #RejekiAgung tapi setiap malam ada snack dia bagi, baik angat angat! Sebab kat website tak cakap pun breakfast or snack included!
orang indonesia memang suka makan cili sebiji terus macam tu kot. i decided to try eating that chili since many places serve us this (i thought its lesser spicy than malaysia's chillies) but I was absolutely wrong! meraung macam monyet aku situ
First destination, Borobudur Temple!
mula mula sampai, hujan
on the way nak masuk je kat sini, terus tak hujan dah
the moment i captured this, i wonder if i can take their photo (praying) but then i see a lot of people recording them, so.... i think IT IS OKAY
us with the batik!
Borobudur pun selalu orang ambik sunrise punya tapi sebab musim hujan kan, kitorang pun tak ambik. Tapi masa kitorang sampai tu, memang dah berduyun duyun orang kat situ so i guess ada jugak yang ambik sunrise package kot. mmm
Tempat ni besar gila, letih kaki. Lama jugak la kami disini huhu. Oh iya! Prambanan and Borobudur ni sebelum kita masuk dia bagi voucher, so boleh redeem air! Air mineral, coffea or tea. Kat Prambanan aku ambik air mineral, kat borobudur ambik coffee. Sumpah sedap aku buat coffee URGH NAK LAGI
Pastu masa nak balik tu, aku bertekak dengan supir 😂😹 semua sebab miscommunication. Kitorang dah habis merayau + shopping dekat Borobudur tu, nak cari la mana supir park kereta kan. Pastu dia kata dia dekat Parking A. Kitorang pun puas la mencari kat situ, dengan nak tercabutnya lutut time tu. Pastu aku call dia, cakap kitorang betul betul kat bawah signboard 'Parking A' tu kan, sekali dia kata dia pun dah sampai situ. Aku geram la sebab memang tak nampak dia kat situ dan kitorang memang dah betul betul kat tiang tu. Pastu bertekak la aku ngan dia, daus la yang banyak kali cakap dengan dia dekat phone HAHAHAHAHA penyabar budak tu. Last last jumpa pun kereta kat mana.
Sebutannya A like kita sebut Ayam. A
Rupanya......
'A' kita sebutan dia kat indon as 'E' jadi bila aku kata kat Parking A, supir paham kitorang kat 'Parking E'
Indonesian pronunciation
A = macam sebutan AYAM. A
E = macam sebutan Emak. E
Buang tenaga je bertekak kat situ.
Entrance Fee:-
Borobudur Only = IDR 362,500 (international) | IDR 130,000 (If bring student card)
Combo price (Prambanan + Borobudur) = IDR 350,000 (student price) | IDR 560,000 (international)
Pastu kami singgah kedai, lunch. Awal gila lunch sebab lapaq dah. Nasi Padang. Jangan sentuh lauk yang korang taknak, kalau tak nanti dia charge. Walaupun sentuh sikit
Next, kami ke Kalibiru
Curam gila
Kat sini aku rasa paling over budget sekali. Masa baca kat google, murah je. Sampai sana, mahal gila. Kena naik jeep lagi padahal boleh je naik guna kereta sendiri (supir pun masatu macam taknak je kereta dia naik sampai atas sebab dia tau tinggi kan) So kami pun telah discam disitu 😵 Ada banyak spot photo tapi aku tak berminat sangat sebab kebanyakan photo spots kat situ tinggi tinggi, aku gayat. Guwe pun naik yang oval tu je sebab ramai-ramai an, nak naik sorang takut hua hua. Spoil la gayat pulak eish
Kat Kalibiru ni paling banyak benda kena bayar. Ketahuilah, setiap attraction kena bayar walaupun kau dah bayar entrance fee mahal-mahal. Nak gambar pun bayar lagi. Pandai diorang buat duit kan.
Jeep = IDR 350,000 per jeep
Entrance Fee jeep = IDR 2000 per person
Entrance Fee Kalibiru = IDR 20,000 per person
Oval spot + 4 photos = IDR 30,000 per person
Lepastu, kami ke Pantai Parangtritis
Jauh jugak perjalanan ke sini. Attraction kat Jogja semua jauh jauh. Dari Malaysia dah niat, sampai kat Parangtritis ni nak naik kuda ambik gambar cantik cantik tapi bila sampai sana, batal terus niat lepas tengok keadaan kuda-kuda kat sana. Sangat menyedihkan weh, tak sampai hati aku nak naik. Last-last naik atv je walaupun atv aku asyik mati engine je kah kah. Lantak ah, janji dapat main! View kat sini pun indah khabar dari rupa :p hmmmm
Entrance Fee = IDR 10,000 per person
Atv = IDR 50,000 per atv
Dah petang dah waktu ni, pukul 5 lebih. Train pukul 8! Alamak sempat ke?! Supir kata sempat. Lepas dah puas kat pantai, kami solat asar + maghrib terus kat masjid parangtritis tu. Pastu supir pun drift! Nak kejar masa sebab jauh jugak pantai tu ke train station. Tapi supir dah janji nak bawak kami rasa satu indonesian cuisine ni. Tengah pecut pecut tu, sampai la kami ke kedai tu.
Sate Klatak (sate kambing) korang kena rasa sendiri, SEDAP GILA!! IDR 40,000 sorang.
Ada lebih kurang 45 minit je lagi train kami nak berlepas. By the way, train dekat Indonesia semua punctual tau! Tak sempat, tinggal la engkau. Nak beli ticket baru, confirm dah habis. So, kami makan secepat yang mungkin lepastu dah habis makan, supir pecut lagi. Terasa lama sangat nak sampai, jauh lagi tugu train station ni hmmm.
15 minutes lagi nak berlepas, sangat intense! Supir masatu bawak dah macam fast and furious pastu nampak Shikin dengan Uma banyak kali tengok jam. Aku tau diorang risau so aku as orang yang tenang (bohong) try la curi perhatian diorang. Tanya tu tanya ni sebab taknak diorang risau padahal aku pun masatu dah gemuruh gila, kalau boleh dengar jantung tu berdetak, sama kuat macam orang pukul gong. 8 minit lagi! Aduh kenapa banyak sangat kereta kat pintu masuk ni 😭 Kitorang dah lambat sangat sangat ni!! Terfikir la masatu nak jalan je sampai entrance sebab kalau nak tunggu kereta lain, memang tak sempat ni!
Pastu aku cakap kat supir "aduh sudah gemuruh ni pak" Supir pun keluar kereta, dia tolong keluarkan bag kitorang. So kat situ, kami pun jalan la kaki. Pak supir pun recommend suruh jalan kaki je. Tak sempat nak ucap proper goodbye kat dia 😭😭😭 thanks pun tidak sebab dah kalut sangat time tu! Dah la tak check in lagi, tak print ticket lagi. Kitaorang pun jalan selaju lajunya, pergi kat kiosk, print ticket pastu lalu immigration dia lagi. Aduh polis ni nak tengok passport pulak, 5 minit lagi nak berlepas oi! Sebiji macam kat airport ea. Pastu dah sudah semua tu, tanya security lagi mana platform kami & kami pun tibalah ke platform yang sepatutnya. 2 minutes after that, train pun sampai. SANGAT INTENSE. Masatu aku fikir apa la nasib agaknya kalau kena tinggal train ni.
Pengajaran, tibalah awal untuk elak dari benda benda macam ni. Dah la pintu masuk ramai kereta drop off passengers, tak reti nak print ticket satu hal lagi (aku eye je orang dari jauh cemana diorang buat masa berjalan tu, agak agak dah faham tu terus berlari kat kiosk yang kosong) pastu polis lagi nak check passport, nak borak lagi ayy! Tak tau platform mana lagi. Sebaik aku bawak backpack je takde luggage, laju jugak la jalan. Sian yang lain jela sebab diorang bawak luggage huwaa. Ada hikmah kot, dapat la aku assist diorang kena buat apa buat apa, takde la sama sama kalut dan tertanya tanya kat situ hahaha.
Perjalanan Jogja to Bandung, 8 jam. So kami ambik train malam (jimat tempat tidur) pastu ambik executive class sebab nak selesa huhu 8 jam tu. Nyenyak tido malam tu. Goodbye Jogjakarta! Jumpa lagi!
Kos hangus seorang day 4
Borobudur = IDR 300,000 (shopping)
Kalibiru = IDR 139,500
Nasi Padang = IDR 38,250
Parangtritis = IDR 60,000
Sate Klatak = IDR 40,000
Train (executive class) = RM89 (beli kat Malaysia)
Total = IDR 577,750 (RM 168)
Jogjakarta Trip Day 3
3 Feb 2019 at 17:54
Hari ketiga! Janji dengan supir pukul 6 tapi 5.30 baru
tersedar. Laju aku ngan Uma siap >.<
First destination hari tu, Merapi
Lava Tour.
Longkang ni dulu dibuat khas untuk biar lava mengalir tapi in 2006 ke 2010 tah, longkang tu tak cukup besar untuk support semua lava tu, lalu telah meranapkan kampung dan mengakibatkan banyak korban jiwa. Longkang tu lagi dalam dulu
Batu Alien
Merapi when we came *disappointed a bit
Bunker, tempat untuk melindungi diri dari ash Mount Merapi, sekarang tidak digunakan lagi. Ada cerita disebalik bunker ni. Nak tau lebih banyak, berliburlah kalian disana
Museum Merapi
Selalu orang ambik package sunrise tapi disebabkan musim hujan, so supir pun tak recommend. So kitorang keluar pukul 6. Lama jugak nak sampai situ. Attraction kat Jogja semua jauh jauh so kalau ambik supir memang berbaloi la. Jimat masa jimat duit and everything. So dekat Merapi kami ambik package paling murah jugak sebab taknak basah basah. Bunker Kaliadem + Museum Merapi + Batu Alien
Entrance Fee = IDR 10,000 Package A (Museum + Batu Alien + Bunker Kaliadem) = IDR 350,000 per jeep
Panjang ceita kat Merapi ni. Boleh baca post kat instagram saya kalau nak tau kenapa 😜 Okay pastu gi shopping! Pasar Beringharjo di Malioboro Street!
Malioboro Street, baaaaanyak sangat kereta kuda and kedai kedai kat tepi jalan tu.
gambar google
Kat sini, supir suruh hati-hati. Beg kena sentiasa kat depan sebab pencopet banyak. Barang-barang kat Pasar Beringharjo ni sangat sangat murah. Macam macam ada tapi paling famous, batik. Memang sakan shopping.
Tips nak shopping kat sini, pergi kedai yang dalam dalam dalam lagi, and atas atas atas lagi untuk dapat harga yang murah. Sebelum beli, pastikan survey. Kitorang haritu sangat kesuntukan masa, dengan nak shoppingnya, makan lagi, memang tak cukup sejam lebih tu. Tawar sehabis murah okay!
Next, Taman Sari.
Pintu masuk
Ni kolam and ada banyak lagi kolam kat tempat lain. Kolam kolam kat sini pun ada sejarah dia. Nak tau lebih lanjut, terbanglah kalian semua ke Yogyakarta!
Shikin, Uma & Si Manis 😜
Punya la lama cari jalan ke tempat ni, sekali bila sampai..... PENUH MANUSIA!
Peh! Taman Sari ni sumpah mencabar. Tips datang sini, sila la ambik tour guide kat dalam tu kalau taknak sesat and bazir masa. Nanti bila kita dah masuk pintu tu, ada ramai sangat tour guide yang offer diri. Bayaran seikhlas hati tapi nanti ada gak segelintir yang mintak lebih. Kena pandai-pandai nego la atau sebelum nak ambik tu cakap "kami bayar kamu 30,000 ribu" pastu tengok la cemana. Pastu tips lain, datang waktu pagi! Kalau tak, tak dapat gambar cantik cam kat bawah ni.
gambar google. ada kisah jugak kat tempat ni, sebab tu gigih nak datang tapi last last, Ya Tuhan ramainya manusia. Memang impossible nak tunggu diorang semua takde kat situ unless bila dah nak tutup
Kitorang haritu tak ambik tour guide, pastu sesat sampai hujung kampung pastu tetiba dah keluar. Pastu masuk balik dalam istana tu sebab nak pergi kat tempat gambar Shikin ngan Uma posing kat last picture tu. Sumpah penat gila time tu, aku pun mood dah kelaut. Rehat jap minum air pastu sambung balik jalan gi kereta. Masuk dalam kereta, tidur masing-masing
Entrance fee = IDR 15,000 per person
Tour guide = IDR 30,000 and above
Last destination, Prambanan Temple.
Patung dalam salah satu temple
Haritu memang dah penat sangat-sangat. Kat Merapi dengan jalan belakang lori yang angkut pasir pasir and batu batu kat gunung tu, pastu jeep tu patah balik sebab ada banyak sangat lori so terpaksa ikut jalur lain. Pastu shopping kat Beringharjo dengan sepantas yang boleh and besar gila tu pastu sesat kat Taman Sari lagi, peh aku boleh ingat lagi cemana penat dia. Masatu sedar la yang aku tak berapa nak fit dah 😭 sebulan duduk rumah tak jog tak exercise tak apa, longgar lutut oi.
So kat Prambanan ni, kitorang tak masuk semua temple kat situ sebab penat kot, pastu ramai orang. Lagipun semua temple yang ada kat situ semua besar-besar, nak mendaki anak tangga lagi..... ugh memang tak la. Kalau tak penat time tu, memang aku dah masuk semua temple pastu tengok satu satu patung dalam tu. Tetapi apakan daya, fikir nak balik cepat je time tu, nak mandi nak rest
Entrance Fee:- Prambanan Only = IDR 362,500 (international) = IDR 217,500 (student price) Combo ticket (Prambanan + Borobudur) = IDR 560,000 (international) = IDR 350,000 (student price)
Local price and International price beza macam langit dengan bumi. Price dia memang super mahal untuk Internatinal tourists sebab UNESCO yang tentukan. Kalau tertangkap beli local price, tak kisah la korang berlakon ke atau suruh penduduk local (supir/kawan) belikan, memang say hello to jail jela.
Dan sila bawa student card anda, jimat banyak.
Prambanan and Borobudur sangat jauh to each other, so kitaorang pergi lain-lain hari. And ticket combo tu hanya valid untuk 2 hari! Maksudnya, hanya valid untuk "harini" dan "esok". Kalau nak gi "lusa" tak boleh sebab kau beli ticket tu "harini" kan, kalau nak gi lusa tu dah kira 3 hari so tak boleh. Bagi aku, worth it la pergi dua dua temple tu sebab satu Hindu temple and satu lagi Buddhist temple. Seni bina pun lain-lain. Nak tau banyak lagi pasal dua-dua temple ni, boleh google occay!
Okay last! Gudeg Yu DJum!
Orang kata, bila dah sampai tempat orang tu, mesti try local food diorang kan so on the way balik tu, kami makan Gudeg! Famous dekat Jogja! Siapa tengok AADC2, memang tau la gudeg tu apa. Harga start from IDR 35,000. Ada banyak jenis, boleh pilih. Kami share je 2 pinggan tu 4 orang sebab nak rasa je cemana. Bagi aku, aku tak suka sangat sebab manis. Supir pun kata orang Malaysia yang dia pernah bawa, bila dah rasa diorang tak suka sangat unless orang Kelantan. katanya
Kos hangus seorang third day
Merapi = IDR 87,500 (entrance fee tak bayar sebab orang tu tak perasan) #rejekiagung
Pasar Beringharjo = IDR 400,000 (makan+shopping) untuk aku sorang
Taman Sari = IDR 15,000
Prambanan Temple = IDR 350,000
Gudeg = IDR 17,500
Total = 870,000 (RM 255)
Jogjakarta Trip Day 2
31 Jan 2019 at 18:23
Jadi, hari kedua kami keluar seawal 5 pagi! Macam pukul 7 pagi kat Malaysia. First destination, Jurang Tembelan.
Me and Uma!
Tengok bawah tu!! Datang la sini, tak rugi pun sebab view kat situ cantik sangat. Kitorang duduk sini sejam lebih? Banyak spot foto lain. Gambar lain boleh google occay! Ramai jugak Malaysian kat sini.
Entrance Fee = IDR 2500 per person
Next, Hutan Pinus Mangunan.
Cantik kan. Photogenic, photographer boleh ah datang. Gambar guwe tak banyak kat sini. Semua gambar muka tak mandi, nyampah den tengok
Entrance Fee = IDR 2500 per person
Dah lapar dah ni! So kami pun cakap kat supir nak breakfast. Lama gak nak cari kedai makan, lena gak la tidur dalam kereta.
saya punya! Bakso
Yes! Gambar print screen dekat igstory 😛
Kat Jogja, yang famous Mi Ayam and Bakso. Sepanjang jalan, mesti ada Mi Ayam and Bakso! Rugi tak try. Harga tak tau tapi dapat bill, kami terus divide 4. Sorang IDR 14,000.
Nexttt, mandi! Goa Pindul
Pintu masuk untuk cave tubing
Taklimat dulu. Safety safety
Naik pajero ceplot (orang tu kata) untuk next activity, body rafting.
Kat Goa Pindul ni ada banyak package. Kitorang ambik package Cave Tubing + Body Rafting Oya.
Ha nak cerita ni. Masa kitorang sampai tu, diorang ingat kami ni local kot? Pastu kat atas meja diorang tu, ada banyak la brochure (brochure ke?) tunjuk package and price price dia apa semua. Masa kitorang nak gi kat dia tu, nampak sorang perempuan yang jaga kaunter ni, dia pi sorok 2 helai brochure bawah meja. Pastu yang tinggal atas meja tu list activity untuk combo activity sahaja. Padahal sebelum datang situ, aku dah read segala mak nenek kat google. Patutnya ada package untuk buat single activity sahaja or combo tapi yang kitorang dapat, combo je. Bila tanya, dia bilang gak ada. K la k la, bye (dia ingat aku percaya ke)
So dah sampai situ, nak taknak ambik jela. Lari banyak budget jugak la untuk Goa Pindul ni sebab baca harga kat internet lain, bila sampai depan depan jadi lain. Overall, bagi aku bosan sikit KAH KAH sebab tak extreme. Tapi best dengan kehadiran Shikin, Daus and Uma!
Oh lagi satu! Kalau nak extreme, pergi Kalisuci. Time buat itinerary haritu, pening nak letak Goa Pindul ke Kalisuci tapi last last letak Goa Pindul sebab semua one way. Kalisuci jauh sikit. Satu lagi! Dekat dengan Goa Pindul ni, ada Goa Jomblang. Sesiapa yang minat cave cave ni, gi la try! BESTTT SANGAT. Tak letak dalam itinerary sebab mahal huhu. Takpe! Nanti kita pergi lagi ea
Entrance Fee = IDR 10,000 (kitorang tak bayar sebab takde orang jaga) #RejekiAgung
Goa Pindul+Body Rafting Oyo = IDR 160,000 per person
Sewa Camera = IDR 250,000 per camera
Toilet = IDR 2500 per person (dia bilang gratis tapi harus bayar juga~)
Nextttt, Timang Beach!
or also known as Pulau Malaysia - sebab yang datang sana 98% orang Malaysia 😆
Sebab aku gayat so i naik bridge. Nak hilangkan gayat kata orang (this works 60% on me)
3 tahun lagi tengok gambar ni, mesti menyesal
tahun depan tengok, mesti rasa nak bunuh diri
Shikin dengan Uma naik gondola, aku dengan Daus naik bridge. Ingatkan bila sampai kat depan sana tu, boleh la bertemu disitu... tapi tak boleh sebab gondola dengan bridge, company lain lain so faham faham la bila ada persaingan ni. Photo spots pun area asing asing. Gondola punya customer tak boleh masuk area bridge, bridge pun tak boleh masuk area gondola. OOOOKAY
Bagi aku, photo spots dekat area bridge lagi cantik. Pastu an, pakcik yang guide kitorang kat situ suruh posing gitu la gini la pegang tangan la peluk la. Eyy aku dalam hati "eh pakcik ni, aku pukul kang" rupanya dia ingat aku ngan Daus pacaran, patut la. Sebab kitorang berdua je kot
Entrance Fee = IDR 5000 per person
Jeep = IDR 350,000 per jeep
Gondola = IDR 200,000 per person
Bridge = IDR 100,000 per person
Last sekali, makan lobster di kedai lobster! Kedai Lobster Pak Sis!
Orang orang yang pergi Timang Beach mesti akan singgah sini. Ada banyak set jugak. Satu set sesuai untuk 4 orang makan. Kitorang pilih set paling murah haha.
Set A (es teh + tempe + lobster 6 ekor + + nasi + ulam + sambal) = IDR 650,000
Set B ( + ikan + sotong + diatas ) = IDR 750,000
Pastu ada la harga lain lagi kalau add on.
Kos hangus seorang second day:-
Jurang Tembelan = IDR 2500
Hutan Pinus = IDR 2500
Sarapan = IDR 14,000
Goa Pindul = IDR 232500 (activity + camera)
Timang Beach = IDR 267500 (fee + jeep + lobster)
Total = IDR 519,000 (RM 145)

ALL ABOUT ME
I am not a writer, so I write what I want
Hola, mi nombre es Hazirah! Can I call myself an adrenaline junkie when I am terrified of heights? Be ambitious. Go travel the world. Save money and travel! Do something healthy! It is for your own satisfaction
|
link1
anything you want to say here
The fashion industry consists of four levels: the production of raw materials, principally fibers and textiles but also leather and fur; the production of fashion goods by designers, manufacturers, contractors, and others; retail sales; and various forms of advertising and promotion. These levels consist of many separate but interdependent sectors, all of which are devoted to the goal of satisfying consumer demand for apparel under conditions that enable participants in the industry to operate at a profit.
|
link2
anything you want to say here
coming soon..
|
link3
anything you want to say here
coming soon..soon
|
link4
anything you want to say here
coming soon..ssssooonnn
|
link5
anything you want to say here
coming soon..soooooon
|
link6
anything you want to say here
coming soon..or soon
|